Jun 16, 2008

FOREX INFO

FOREX merupakan singkatan nama bagi Foreign Exchange yang membawa maksud tukaran matawang. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti “FX” , “ Spot FX” dan ada juga hanya dikenali sebagai “Spot”. Secara umumnya FOREX merupakan pasaran pembiayaan yang terbesar di dunia di mana jumlah dagangan harian adalah menjangkau USD 2 trilion sehari. Jumlah ini merupakan sesuatu yang agak besar jika hendak dibandingkan dengan pasaran tukaran dagangan “ Stock Exchange” yang berlaku di BSKL ( Bursha Saham Kuala Lumpur) , malahan apa yang didagangkan di NYSE ( New York Stock Exchange) hanyalah berjumlah USD25 bilion sehari. Boleh dikatakan , pasaran FOREX melibatkan jumlah lebih kurang 3 kali ganda lebih besar daripada pasaran stocks dan fuctures dunia. Hal ini menunjukkan berapa besar dan kuatnya dagangan tukaran mata wang.

Dagangan Forex merupakan satu proses membeli salah satu mata wang dan menjual mata wang yang lain. Matawang ini didagangkan menerusi broker atau pengedar ( dealer) . Matawang ini didagangkan secara berpasang ( pair). Sebagai contoh British pound dan US dolar ( GBP/USD) atau US dolar dan Japanese Yen ( USD/JPY). Sehingga penghujung tahun 1990 , pasaran dagangan Forex hanya di jalankan oleh mereka yang mempunyai kedudukan dan pengangan kewangan yang istimewa. Ini disebabkan , keperluan asas bagi melakukan trading di dalam pasaran Forex adalah berjumlah 10 hingga 15 ribu USD . Pada asalnya, dagangan forex hanyalah dijalankan oleh institusi perbankan dan institusi – institusi yang besar. Bagaimanapun, pada masa kini kita amat beruntung kerana dengan berkembangnya teknologi dan penggunaan internet. Kini pasaran dagangan forex telah dibuka kepada sesiapa saja seperti saya dan anda semua.

3 comments:

Anonymous said...

wahh........dasat dah ekau jang bleh la ajar an den hahh....manjang x menjadi yo

Anonymous said...

bagi ler tip yg menjadi amacam...

Anonymous said...

ARS1026>BOLE NO HAL NYE